Monday, December 26, 2011

Cerita Tentang Penjual Tempe

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, saya akan mula cerita saya dalam siri bersangka baik dengan Allah melalui kisah tentang penjual tempe. 

Cerita ini saya dapat secara online juga. Namun saya rasa menarik untuk dikongsi bersama terutama bagi yang tak pernah dengar kisahnya. 

Ceritanya begini. Di satu daerah terdapat seorang penjual tempe. Pada hari itu, tempenya lambat menjadi dan tidak sesuai untuk dijual. dia membawa juga ke pasar dengan harapan tempenya sedia untuk dijual tetapi beberapa kali dia lihat barang jualannya masih belum sesuai untuk dijual sedangkan penjual-penjual bersebelahannya sudah pun laku tempe-tempe mereka. Dia berdoa agar tempenya sedia supaya boleh segera dijual namun beberapa kali dilihat tempenya hari tu masih tidak menjadi. Orang yang lalu lalang melihat tempenya juga sering tak jadi membeli apabila mendapati keadaan tempenya itu. 

Namun diringkaskan cerita sedang dia berdoa agar tempenya menjadi agar boleh dijual, ada pula seorang pelanggan yang sedang mencari-cari tempe yang belum menjadi. Pelanggan itu berkata kalau dia ada tempe-tempe separuh jadi tu, Dia sanggup borong kesemuanya kerana ia untuk anaknya yang belajar di luar negeri. Oleh kerana hendak dikirim jauh, tempe yang dicari ialah yang separuh jadi. Secara tiba-tiba si penjual tempe yang selama ni berdoa agar tempenya menjadi berharap dan berdoa pula agar tempenya tidak menjadi. 

Ya, ternyata ia rezeki penjual tempe itu kerana Allah tidak perkenankan doa awalnya agar tempenya menjadi kerana Allah merancang yang lebih baik untuknya. Penjual tempe lain bersebelahannya mendapat ganjaran jualan harian biasa, bagi penjual tempe yang tempenya tak menjadi ini, dia berjaya menjual semua tempe-tempenya meskipun belum layak untuk dijual pada pembeli biasa.

Jadi pengajaran cerita hari ini ialah sekiranya ada doa anda yang belum diperkenankan Allah, yakinlah Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk anda. Jika situasi anda hari ni tidak baik bagi anda, siapa tahu sebenarnya ia baik seperti mana yang dihadapi oleh penjual tempe tersebut. Semoga kisah ini memberi sinar baru kepada anda. 
 

Sunday, December 4, 2011

Bersangka baik dengan Allah tuhanmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Walau apa pun keadaan anda pada ketika ini. Yakinlah kerana dirimu begitu berharga. Mungkin ada antara anda yang menghadapi pelbagai masalah yang melanda diri atau dipandang rendah oleh orang lain kerana kekurangan dan sebagainya. Namun anda haruslah bersangka baik dengan Allah. Allah sentiasa merancang sesuatu yang lebih baik buat anda. Saya akan berkongsi beberapa cerita berkaitan perkara ini.

Friday, November 18, 2011

Tentang UPSR 4A dan formula.

Baru-baru ni pelajar-pelajar yang mengambil UPSR mengetahui keputusan sama ada lulus cemerlang dengan semua mata pelajaran A atau sebaliknya. Pada tahun ni mata pelajaran yang diambil pelajar 5 kesemuanya. Bermakna keputusan cemerlang apabila  mendapat 5A. 

Saya terkenang sewaktu mengambil keputusan UPSR puluhan tahun lalu. Ishh macam sekejap saja masa berlalu lebih kurang 20 tahun dah. Pada masa tersebut terdapat 5 kertas ujian juga cuma 1 kertas tidak dikira dalam gred kerana ia soalan IQ. Jadi pada masa tersebut siapa yang mendapat 4A adalah terbaik dan layak dipertimbangkan ke sekolah elit atau berasrama penuh.

Saya masih ingat pada waktu itu setiap kali nama mereka yang berjaya mendapat 4A dipanggil semua bersorak  gembira. Kelas saya memikul harapan tinggi pihak sekolah kerana merupakan salah satu daripada 2 kelas terbaik darjah 6. Malah anak emas sekolah turut merupakan pelajar kelas saya. Setelah nama semua pelajar dan keputusannya disebut. Saya masih tertanya-tanya kerana nama saya masih belum dipanggil sedangkan semua yang lain telah lama berkongsi suka dan duka dengan rakan lain. 

Saya berjumpa cikgu dan menyatakan nama saya masih belum dipanggil. Cikgu mula memeriksa kertas keputusan satu persatu dan mendapati nama saya tiada. Beliau kembali ke pejabat dan saya masih lagi berdebar. Beberapa minit kemudian Cikgu kembali ke kelas dengan senyuman simpul kemudian dia mengumumkan kita ada seorang lagi pelajar mendapat 4A iaitu saya wah...terkejut saya dan disebabkan saya orang terakhir yang tahu saya terima tepukan gemuruh daripada seluruh rakan sekelas. 

Macam plot drama saja. Saya pun tak sangka kerana pencapaian saya sederhana sahaja sebelum ini. Namun setelah bermuhasabah diri, saya dapati terdapat beberapa formula yang saya gunakan dan dengan izin Allah juga berjaya. 

Formula tersebut ialah:

1. Berkawan dengan rakan yang lebih pandai.
Saya duduk di barisan kedua betul-betul di belakang si anak emas sekolah. Saya gelar dia anak emas kerana dia terlalu pandai dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran, sukan dan kokurikulum. Seperti yang dijangka dia peroleh keputusan 4A juga. Oleh kerana saya di belakangnya. apabila ada aktiviti kumpulan atau ada sesuatu yang tak pasti, saya akan bertanya dia dan sama-sama belajar bukan meniru ya.

2. Tusyen
Saya belajar dan ikut tusyen dengan beberapa orang kawan di sebelah petang hampir setiap hari. Terutamanya dalam bidang yang saya lemah iaitu Matematik. 

3. Saya buat latih tubi.
Saya membeli buku-buku ujian topikal dan cuba menjawab soalan-soalan tersebut sebanyak mungkin. Dengan cara itu saya terbiasa menjawab soalan peperiksaan. 

4. Doa 
Doa diri sendiri dan kedua ibu bapa juga merupakan senjata penting.

5. Psikologi Kismis. 
Sewaktu musim peperiksaan saya diberi 7 biji kismis setiapa hari untuk dimakan. Ia satu cara psikologi juga untuk menyatakan minda kita semakin bijak lagipun kismis berkhasiat.  

Keputusan tersebut telah membolehkan saya mendaftar masuk ke sekolah gred A dan berkumpul dengan rakan-rakan yang lebih pandai lagi. :-)
















Tuesday, November 8, 2011

Gambar Artis Sekitar Permaidani Merah ASK 2011

Sambungan catatan sebelumnya. Ada lagi beberapa gambar yang sempat dirakam.

Awi Rafael


Fiza

Rafidah Ibrahim

Ungku Ismail

Sharifah Shahora

Eja - Pemenang Pelakon Terbaik Filem

Faizal Hussain

Fauziah Gous

Mia Sara

Najwa Latif

Rosyam Noor

'Sutun'

dan tak lupa pasangan skrin kegemaran saya iaitu Aaron Aziz dan Siti Saleha.

Aaron Aziz

Siti Saleha

Monday, November 7, 2011

Gambar Artis Sekitar ASK 2011

Lagi gambar-gambar artis/selebriti lebih jelas sekitar ASK 2011. 

Dato' Yusuf Haslam

 Zulkifli M.Osman

 Jasmin Hamid

 Eizlan Yusuf

Chef Riz 

Sunday, November 6, 2011

Tentang Anugerah Skrin 2011

Pada 4 November 2011 yang lalu, saya berpeluang menonton secara langsung Anugerah Skrin 2011 (ASK).
Ia merupakan pengalaman pertama saya menonton persembahan seperti itu dan apa yang menarik tempat duduk saya adalah dikalangan artis di bahagian bawah bukan di bahagian atas. 

Sebelum masuk ke dewan saya sempat mengambil beberapa keping gambar artis-artis dan selebriti di permaidani merah. 




Selain itu, saya juga ingin berkongsi gambar artis kesayangan saya sewaktu bertugas 
menyampaikan anugerah iaitu Siti Saleha dan Aaron Aziz.







Kenangan yang sukar dilupakan. 

Saturday, October 8, 2011

Tentang Penawar Penyakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Sudah agak lama saya tak kemaskini blog ni. Tiba-tiba saya terdetik untuk menulis tentang maklumat yang saya perolehi sewaktu menonton siaran TV berkenaan penyakit dan penawar kaedah Islam. 

Saya sebenarnya tidak ingat sepenuhnya fakta dan doa-doa yang perlu dibaca untuk menyembuhkan penyakit seperti di dalam rancangan tersebut. Walau bagaimanapun ada beberapa petuanya yang tidak rugi untuk pesakit yang mengalaminya amalkan. Maklumat lebih lanjut mohon dapatkan buku penyakit dan penawar di kedai-kedai buku berhampiran. 

Antara yang sempat saya dengar ialah berkenaan penawar penyakit-penyakit berikut:

1. Angin ahmar atau strok

Minum susu kambing segar yang baru diperah. 

2. Barah

Tumbuk sarang angkut-angkut dan daun semalu serta sapukan di bahagian luaran kawasan terkena barah berkenaan. Ia juga sesuai untuk rawatan bengkak dan bisul. 

3. Asthma

Titiskan getah betik muda pada sesudu madu dan beri minum sebagai ubat untuk kanak-kanak. Jika dewasa, ambil lendir belut dan minum. Lendir belut juga boleh dimakan seperti jem pada roti jika tidak lalu minum terus begitu saja. 

4. Resdung

Sedut air melalui hidung dengan meletakkan hidung di antara ibu jari dan jari telunjuk. Disarankan juga gunakan air yang diambil dari 7 kolah masjid.

Itulah serba sedikit penawar yang boleh diamalkan. Sebahagian dari ikhtiar untuk mereka yang sakit. Allah juga yang menyembuhkan. InsyaAllah.  

Wednesday, September 21, 2011

Program Tanggungjawab Sosial Korporat: "Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor"



Berita Baik untuk Siswazah Selangor. Berikut saya kongsi artikel berkaitan yang dipetik dari laman web Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. 
----------------------------------------
21 September 2011
Sebagai salah satu agenda tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“Perangsang Selangor”) akan menjalankan satu program untuk membantu siswazah-siswazah dari negeri Selangor menyediakan diri mereka masuk ke alam pekerjaan dan keusahawanan. Program ini diberi nama Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor.
Objektif utama program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah dari negeri Selangor dalam mendapatkan pekerjaan atau memulakan usaha perniagaan sendiri.
Program ini bermula dengan penyediaan kursus dan latihan yang strategik dan diteruskan dengan penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-Job Training) dan usaha untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus. Dan bagi siswazah yang mengikuti kursus usahawan, insentif khas akan diusahakan untuk membantu siswazah memulakan perniagaan.
PROGRAM-PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS YANG DITAWARKAN
Program
Pengetahuan/Kemahiran
Sijil Program Pembangunan Kemahiran Siswazah
Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir.
Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja.
Sijil Pembangunan Usahawan Muda
Kemahiran sebagai usahawan yang berdedikasi, bersemangat waja, berfikiran jauh dan mempunyai daya saing tinggi.
Sijil Perbankan dan Kewangan Islam
Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam.
Sijil Pentadbir IT (IT Administrator)
Kemahiran dalam pengurusan hardware (server, switches, routers dll), web design dsb.
Sijil Keselamatan & Selenggara LAN
Kemahiran dalam pengurusan server, network design & security dan troubleshooting.
Sijil Analisa Data &Kualiti
Kemahiran dalam pengurusan data dan analisa, SPC software dan prosedur kualiti.
Sijil Pentadbiran Pencemaran dan Bahan Buang
Kemahirandalampengurusanpencemaran, peraturan dan prosedur.
Sijil Fiber Ke Rumah Untuk Juruteknik
Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optic dan network.
Sijil Membaiki Komputer
Kemahiran membaiki dan trouble shooting (hardware & software).
Sijil Aplikasi dan Pembangunan LED
Pengetahuan tentang LED dan semiconductor.
Sijil Penilaian Bunyi Industri dan Alam Sekitar
Pengetahuan dalam pengurusan bunyi dan penilaian bunyi.
Sijil Pembantu Perubatan
Kemahiran pemeriksaan ibu mengandung dan bayi.
Sijil Kreativiti Dan Inovasi
Pengetahuan tentang kreativiti dan inovasi.
Sijil Pengurusan & Operasi Halal
Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia.

MASA DAN TEMPOH KURSUS
Semua kursus di atas akan bermula pada bulan Oktober 2011 dan tempoh kursus adalah berbeza mengikut program (sila rujuk brosur program). 
PESERTA PROGRAM
Program ini disasarkan kepada semua siswazah dari negeri Selangor yang memegang ijazah dan diploma dalam apa juga bidang yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan. 
MAJLIS PELANCARAN
Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini Insha Allah akan dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada ketetapan berikut:-
Tarikh            : 30 September 2011 (Jumaat)
Masa             : 9.30 pagi
Tempat          : Auditorium, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Semua siswazah yang berminat dijemput hadir ke Majlis Pelancaran ini.
Perangsang Selangor berharap program Rangsangan Kerjaya Untuk Siswazah Selangor ini berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu siswazah negeri Selangor mendapat pekerjaan dan memulakan perniagaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...