Sunday, November 21, 2010

Puisi Buat N...

Puisi ini mungkin sesuai kat ruangan Aku dia dan lagu kat Radio Klasik Nasional...

N,
Kita diperkenalkan oleh adikku kira-kira 10 tahun lalu.
Ketika itu kita baru tahu erti genggaman tangan
Bisikan mesra, tulisan manja
Walaupun hadirmu dengan keadaan yang begitu polos
kau memudahkan segalanya

N,
Tak akan kulupa pabila kita bertentang mata
Apabila menatap redup wajahmu
Aku tersenyum sendiri
Sentuhan mesraku meluahkan rasa di hati
Mulut terkunci.

N,
Apabila ada yang memanggilku
segera kugenggam tubuhmu
rapat kau disisiku
mendengar segala rintihan dan berita
yang kau bisikkan dan katakan

N,
Aku tahu kau merajuk
sejak akhir-akhir ini kau sering membuat hal
katamu aku tak pedulikanmu
Apabila aku sering meninggalkanmu
Apabila aku ada yang lain M yang lebih bergaya

N
Walaupun kau mungkin menafikan
Aku tahu kau yang menyebabkan M ku pergi
Kau membuat helah hingga dia terjatuh ke lembah hina
Kau tahu kalau pun aku telah selamatkan M,
Tak mungkin aku boleh terima M kembali.

N
Setelah M tiada aku masih bersamamu
Namun kesibukanku menyebabkan kau terabai lagi
Kau juga terpaksa mendengar leteran ibu bapaku
Yang memandang hina dirimu
Kau bersedih.

N
Aku tak lupakan jasa-jasamu
Semenjak kita bersama
Ketika kau hilangkan diri lalu
Aku masih mencarimu dan ternyata kita ada jodoh
Malah kubawa kau Sampai ke Indonesia dan Vietnam

N
Sewaktu di Equatorial,
Aku mengesan perubahan tabiatmu
Apabila sentuhan-sentuhanku tidak berhasil
Apabila kata-kataku tidak menyampaikan maksud
Sehingga aku terpaksa mencari kawan lamaku T.A.

N
Bagitu mulia hatimu
Memberi perkhidmatan terakhir
Sebelum kau terjun menamatkan riwayatmu
Kau bersemadi didasar lembah hina yang terdalam
Sehingga aku gagal menyelamatkanmu Nokia 3310 ku

Kawan-kawan yang terbaca puisi ini, sila msg no hp anda.






Wednesday, November 17, 2010

Mulakan Bisnes Anda



















Peluang lagi untuk semua terutama di sekitar Pulau Pinang.

Koperasi usahawan muda dengan kerjasama USM dan penaja-penajanya akan menganjurkan bengkel : Mulakan Bisnes Anda dengan ICT pada 20 dan 21 November 2010.

Sabtu & Ahad ni.

Terdapat 4 modul pilihan yang boleh disertai dengan sedikit yuran yang berpatutan atau percuma bagi pelajar IPT (Terhad).

Pilihan Modul-modul tersebut adalah seperti berikut:

1. ASAS Multimedia dan Media Sosial ITU-UUM (untuk Belia Muda & Wanita)

2. E-Biz Pro - Laman E-Niaga & Portal E-Dagang

3. Multimedia LANJUTAN - Animasi & Video

4. Keusahawanan Teknologi - Rancangan & Pembentangan Perniagaan

Dapatkan maklumat lanjut di Mulakan Bisnes Anda dengan ICT



Saturday, November 13, 2010

Ekspo Cheng Ho.


Sedang berjalan-jalan di alam Maya, tiba-tiba terjumpa laman web acara yang agak besar ini melibatkan Kelantan dan Negara China. Peluang menarik untuk usahawan-usahawan tempatan untuk mencari peluang perniagaan atau memperkenalkan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Selain itu peluang menjadi sukarelawan juga terbuka untuk belia-belia sekitar Kelantan untuk acara yang besar ini.




Monday, November 8, 2010

Kawasan WIFI percuma

Wah dah dekat 600 tempat kat negeri ni....

Sila rujuk link berikut:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...