Wednesday, April 13, 2011

Sayang Sarawak Sungainya Sempit..

Sayang Sarawak,
Sayang Sarawak sungainya sempit
Sayang Sarawak,
Sayang Sarawak sungainya sempit

Banyak berlabuh sayang
Banyak berlabuh perahunya Bugis
Banyak berlabuh sayang
Banyak berlabuh perahunya Bugis

Niat di hati
Niat di hati hendak kubawa
Niat di hati
Niat di hati hendak kubawa
Apakan daya sayang
Apakan daya perahuku sempit
Apakan daya tuan
Apakan daya perahuku sempit

Sayang Sarawak,
Sayang Sarawak sungainya sempit
Buahlah rengas tuan
Buahlah rengas di tapak tangan
Hendak kubawa
Hendak kubawa perahuku sempit
Tinggallah intan sayang
Tinggallah intan tinggal junjungan

(lirik Sri Sarawak versi Sharifah Aini)

Lagu asli ni amat terkenal dan mempunyai pelbagai versi. Ada yang kata sungainya sempit, ada yang kata sungainya luas, ada yang kata perahunya sempit, ada yang kata tebing berbukit...

Macam-macam pembayang ciri-ciri geografi yang diguna pakai. Namun ramai yang mempersoalkan mengapa dikatakan sungainya sempit sedangkan bagi yang pernah ke sana sungai-sungai tidaklah sempit di bayangkan dalam lirik lagu di atas. Maka kerana itulah penyanyi atau penulis lirik yang terkemudian mengubah liriknya menurut cita rasa dan pandangan mereka.

Sebenarnya kalau merujuk fakta geografi memanglah sungai Sarawak tu tidak sempit namun itulah yang dinamakan sastera.

Ia merupakan cara orang dahulu memberi sindiran secara halus. Contoh versi di atas bolehlah difahamkan seperti ini.

Ya, Sarawak luas negerinya, banyak hasilnya, panjang sungainya namun sungai kehidupannya sempit. Sungai yang sempit lebih dimaksudkan dengan kehidupan yang sukar. Dalam masa yang sama banyak pula berlabuh perahu bugis, banyak juga orang atau perantau yang ingin menumpang hidup, rakyat Sarawak ingin membantu namun apakan daya hidupnya juga sukar digambarkan dengan sempitnya perahunya sehinggakan bahagiannya sendiri yang di tapak tangan diumpamakan terpaksa ditinggalkan kerana kesukaran hidup.

Sebenarnya saya harap musim pilihanraya negeri ni, parti2 bertanding kena pertimbangkan juga hal-hal tersirat seperti ini.

Sebenarnya kalau boleh saya harap TV dapat siarkan cerita Anak Sarawak lakonan pelakon-pelakon hebat era 80 an macam Dato Rahim Razali, dan lain-lain.
Lagu pula siarkanlah Puteri Santubong. Ini pun ada kisah tersirat juga.

Sorang madah diri bagus agi...sorang sik kalah walau sampai ke mati...

Akibat dua-dua tak mahu beralah sorang jadi gunung sorang jadi pulau kera.



Sri Sarawak Versi Ismail Haron

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...