Tuesday, September 4, 2012

Jom beraya dengan Team Siti Saleha :)


Ok semua maklumat ada kat atas tu. Kalau berminat masih ada tempat. Tempat terhad. 

Bagi yang tak tahu, TSS merupakan kelab rasmi peminat Siti Saleha. Acara BBQ Raya bersama Siti Saleha ni merupakan acara yang keempat TSS. Sebelum-sebelum ni TSS pernah menganjurkan acara seperti Majlis Berbuka Puasa, Majlis Pelancaran Kelab & Sambutan Hari Lahir dan  Shuffle & Bowl.

Sila lawati laman FB TSS di https://www.facebook.com/teamsitisaleha Lawat juga laman blognya di http://teamsitisaleha.blogspot.com/  Ikuti juga twitter rasminya @TSSTwit

Keahlian kelab juga sentiasa terbuka. Emelkan butiran peribadi nama, no IC, alamat, tel, fb, twitter ke teamsitisaleha3@gmail.com . Ahli rasmi akan menerima barang kelab serta keutamaan menyertai acara anjuran TSS.  

Saturday, May 12, 2012

Tentang KL Zombie, Siti Saleha, Izara Aisyah, Nora :)

Assalamualaikum,


 Lama juga tak kemaskini laman blog ni. Walau bagaimanapun ini ada cerita panas-panas dari ketuhar..hahaha. 

Memandangkan saya ni antara peminat no 1 Siti Saleha, saya nak kongsi la cerita di sebalik tabir Filem KL Zombie ni. Filem ini merupakan filem ketiga lakonan Siti Saleha selepas Filem Kerat 14 dan Pak Pong. Memang la tak dapat tengok lagi semuanya sebab masih tengah 'masak'. Sehingga cerita ini ditulis, Filem Kerat 14 baru je menjalani proses dubbing. Pak Pong pula sedang masuk efek-efek CGI.  Siti Saleha pula sudah memulakan penggambaran filem terbaharu arahan Khir Rahman iaitu Pencinta..tapi itu cerita lain la. Kita layan dulu bingkisan video di bawah selain Sal kesayangan saya, heroin Vanila Coklat pun ada. KL Zombie ni filem adaptasi dari novel juga yang bertajuk Zombijaya. Zizan heronya. 




Andai kebetulan ada yang minat juga dengan Siti Saleha atau popular dengan Nora Elena, Kami (TSS)
akan adakan satu lagi gathering dengan Sal pada 3 Jun ni. Main Bowling dengan Siti Saleha.

Maklumat lanjut sila lawat Team Siti Saleha 

Ok Terima kasih. 

Friday, February 10, 2012

Kelab Peminat Siti Saleha Bakal Anjur Majlis :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berita baik kepada peminat-peminat Siti Saleha atau lebih dikenali dengan 'Nora Elena' kesan lakonan hebatnya dalam drama tajuk yang sama :). Kelab Rasmi Peminat Siti Saleha iaitu   Team Siti Saleha bakal menganjurkan Majlis Perlancaran TSS dan Sambutan Hari Lahir           Siti Saleha pada bulan Mac 2012 akan datang. Pada acara itu, peminat berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Saleha yang sememangnya peramah dan baik hati :) 

Berikut butiran acara:

Acara: Perlancaran TSS dan Sambutan Hari Lahir Siti Saleha

Tarikh: 24 Mac 2012

Hari: Sabtu

Tempat: Nomad Sucasa, Jalan Ampang (Tepi kolam renang)

Masa: 2.30 petang hingga 6 petang (Hi-Tea)

Pakaian dan Tema : Kemas kasual, biru kuning.

Harga : RM55.00 

Berminat? Mohon e-melkan butiran peribadi anda (Nama, No Kad Pengenalan/Passport, No, Telefon, E-mel, *FB / Twitter (Jika ada)) kepada teamsitisaleha3@gmail.com dan kami akan e-melkan cara pembayaran kepada anda. Pengesahan tempat berdasarkan pembayaran. Siapa yang mendaftar dahulu diutamakan.

Apa yang tersedia? Makanan, keseronokan, permainan, pendaftaran keahlian, hadiah dan yang penting Sweetheartz Siti Saleha akan bersama peminat-peminatnya :)

Jadi jom hubungi kami segera. Memang berhampiran kolam renang tapi minta maaf kita tak boleh mandi :P 

Sebarang pertanyaan boleh e-mel. Terima kasih. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...