Berita Baik untuk Siswazah Selangor. Berikut saya kongsi artikel berkaitan yang dipetik dari laman web Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.
----------------------------------------
21 September 2011
Sebagai salah satu agenda tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“Perangsang Selangor”) akan menjalankan satu program untuk membantu siswazah-siswazah dari negeri Selangor menyediakan diri mereka masuk ke alam pekerjaan dan keusahawanan. Program ini diberi nama Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor.
Objektif utama program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah dari negeri Selangor dalam mendapatkan pekerjaan atau memulakan usaha perniagaan sendiri.
Program ini bermula dengan penyediaan kursus dan latihan yang strategik dan diteruskan dengan penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-Job Training) dan usaha untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus. Dan bagi siswazah yang mengikuti kursus usahawan, insentif khas akan diusahakan untuk membantu siswazah memulakan perniagaan.
PROGRAM-PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS YANG DITAWARKAN
Program
|
Pengetahuan/Kemahiran
|
Sijil Program Pembangunan Kemahiran Siswazah
| Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir. |
Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja. | |
Sijil Pembangunan Usahawan Muda
| Kemahiran sebagai usahawan yang berdedikasi, bersemangat waja, berfikiran jauh dan mempunyai daya saing tinggi. |
Sijil Perbankan dan Kewangan Islam
| Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam. |
Sijil Pentadbir IT (IT Administrator)
| Kemahiran dalam pengurusan hardware (server, switches, routers dll), web design dsb. |
Sijil Keselamatan & Selenggara LAN
| Kemahiran dalam pengurusan server, network design & security dan troubleshooting. |
Sijil Analisa Data &Kualiti
| Kemahiran dalam pengurusan data dan analisa, SPC software dan prosedur kualiti. |
Sijil Pentadbiran Pencemaran dan Bahan Buang
| Kemahirandalampengurusanpencemaran, peraturan dan prosedur. |
Sijil Fiber Ke Rumah Untuk Juruteknik
| Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optic dan network. |
Sijil Membaiki Komputer
| Kemahiran membaiki dan trouble shooting (hardware & software). |
Sijil Aplikasi dan Pembangunan LED
| Pengetahuan tentang LED dan semiconductor. |
Sijil Penilaian Bunyi Industri dan Alam Sekitar
| Pengetahuan dalam pengurusan bunyi dan penilaian bunyi. |
Sijil Pembantu Perubatan
| Kemahiran pemeriksaan ibu mengandung dan bayi. |
Sijil Kreativiti Dan Inovasi
| Pengetahuan tentang kreativiti dan inovasi. |
Sijil Pengurusan & Operasi Halal
| Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia. |
MASA DAN TEMPOH KURSUS
Semua kursus di atas akan bermula pada bulan Oktober 2011 dan tempoh kursus adalah berbeza mengikut program (sila rujuk brosur program).
PESERTA PROGRAM
Program ini disasarkan kepada semua siswazah dari negeri Selangor yang memegang ijazah dan diploma dalam apa juga bidang yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan.
MAJLIS PELANCARAN
Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini Insha Allah akan dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 30 September 2011 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Auditorium, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Semua siswazah yang berminat dijemput hadir ke Majlis Pelancaran ini.
Perangsang Selangor berharap program Rangsangan Kerjaya Untuk Siswazah Selangor ini berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu siswazah negeri Selangor mendapat pekerjaan dan memulakan perniagaan.
No comments:
Post a Comment