Friday, October 22, 2010

Percuma?...Katakanlah benar2 percuma.



Percuma dalam Bahasa Melayu, gratis dalam bahasa seberang atau Free adalah bermaksud sesuatu itu diberi kepada seseorang tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Contohnya artikel ni saya taip percuma, tak ada sesiapa perlu membayarnya sekiranya anda ingin membacanya.

Biasanya orang akan fikir tentang kewangan. Bukan percuma jika perlu keluar duit.

Tetapi zaman ini, percuma ialah seperti cacing yang dilekatkan di mata kail. Umpan lebih tepat.

Saya ingin berkongsi pengalaman ke pasaraya tadi. Begitu banyak promosi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar dan para peniaga untuk menarik pelanggan.

1. Syarikat pengeluar sos memberikan mi segera percuma 2 bungkus.
Tapi kena bayar harga sos atau beli sos, baru dapat mi segera tu. Persoalannya, adakah harga mi segera tersebut telah dicampur dengan harga sos? Mungkin ya ...mungkin tidak...Jika ya, pengguna membeli dua benda dan kelihatan seperti membeli satu benda. Cuma mungkin 1 benda tu rendah sikit harganya dari harga asal tetapi masih memberi keuntungan kepada pengeluar.

2. Seorang jurujual dapur memasak memberikan mug percuma kepada sesiapa sahaja.
Tapi setiap orang perlu menulis nama, no kp, alamat dan no tel. Kemudian disoal selidik lagi tentang penggunaan kad kredit dan cara pembelian di pasaraya. Adalah rasional untuk syarikat mengambil nama dan maklumat kerana pengurusan syarikat telah mengamanahkan penjual memberi percuma satu mug untuk setiap orang bukan tanpa kawalan. Jadi buktinya ialah nama dan no kp. Persoalannya, mungkin itu yang dikehendaki syarikat, bukan kewangan. Syarikat inginkan maklumat pengguna. Syarikat tersebut bukan sahaja menjual barang dapur, mungkin juga syarikat yang menjalankan soal selidik pasaran. Hasil soal selidik tersebut mungkin dijual pula kepada syarikat lain yang kemudiannya akan menghubungi pengguna untuk menawarkan perkhidmatan mereka.

Kesimpulan dari dua cerita kat atas ialah percuma dalam perniagaan sebenarnya tiada. Harganya ialah wang, nama, maklumat dan sebagainya. Laman saya kat sebelah pun kalau saya kata kos pos percuma maksudnya pelanggan juga yang bayar sebab harga pos dah saya kira sekali dengan produk. Tetapi kena beli la baru dapat yang percuma tu macam syarikat pengeluar sos tu, dia tak akan beri percuma mi segera kepada yang tak membeli.

Tetapi saya seronok juga ke pasaraya besar kerana ada syarikat yang memang bagi percuma produk mereka seperti merasai secawan kecil susu atau kopi yang telah dibancuh, merasai minuman kultur atau susu segar. Memberi resepi percuma yang boleh dicuba. Yang penting memberi kita pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut atau tidak. Biasanya kalau memang mahu produk tu beli sahaja la walaupun diberi percuma atau tidak dan tidak beli jika tak mahu tapi rasa tetap rasa. Saya percaya orang Malaysia lembut hati dan mudah makan budi dan walaupun pada asalnya tak mahu beli, dah rasa secawan, paling kurang ambil sebungkus.

Jadi tak reti2 lagi??? hahahah lawak saja...tapi kalau nak klik atau nak beli produk2 saya yang tak seberapa tu pun apa salahnya. Saya putarrrrr ....wang besar...wang besar.

2 comments:

najib said...

percuma hanya apabila tiada kos dikenakan.jika percuma namun tidak merlukan sgt brg itu,tidak perlu bukan.hanya membazie saja

usahaone said...

terima kasih beri komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...