Wednesday, October 27, 2010

Pengembara Masa di Rakam Video Kamera?









Ya itulah teori para pengkaji video ini di Amerika Syarikat apabila salah satu video lama cerita Charlie Chaplin mengesan seseorang yang seakan sedang menggunakan telefon tangan sedangkan telefon bimbit zaman batu pun hanya diciptakan tahun 80an. Tetapi saya mempunyai teori tersendiri....

Memang jika anda melihat video yang disiarkan yahoo, anda akan jelas melihat lelaki tersebut bergerak memegang "telefon" sambil bercakap dengan seseorang. Kalau ia tahun 70an atau 80an mungkin juga la dia menggunakan walkie talkie. Tapi Walkie Talkie pun ada antenanya.
Tetapi kalau zaman cerita Charlie Chaplin ni, saya lebih suka teori yang dia sebenarnya sedang mendengar radio kecil sambil menyanyi. Di sebabkan radio zaman tu mungkin tak begitu kuat jadi dia dekatkanlah kat telinga dia. Tok nenek walkman / mp3 player masa sekarang ni bukan Tok nenek hp. Di bawah ni gambar salah satu jenis radio mudah alih tapi mungkin ni versi yang agak baru dari apa yang terdapat dalam video tu.














Jadi itulah dia jangan biarkan hidup anda diselubungi Misteri....

Friday, October 22, 2010

Percuma?...Katakanlah benar2 percuma.



Percuma dalam Bahasa Melayu, gratis dalam bahasa seberang atau Free adalah bermaksud sesuatu itu diberi kepada seseorang tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Contohnya artikel ni saya taip percuma, tak ada sesiapa perlu membayarnya sekiranya anda ingin membacanya.

Biasanya orang akan fikir tentang kewangan. Bukan percuma jika perlu keluar duit.

Tetapi zaman ini, percuma ialah seperti cacing yang dilekatkan di mata kail. Umpan lebih tepat.

Saya ingin berkongsi pengalaman ke pasaraya tadi. Begitu banyak promosi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar dan para peniaga untuk menarik pelanggan.

1. Syarikat pengeluar sos memberikan mi segera percuma 2 bungkus.
Tapi kena bayar harga sos atau beli sos, baru dapat mi segera tu. Persoalannya, adakah harga mi segera tersebut telah dicampur dengan harga sos? Mungkin ya ...mungkin tidak...Jika ya, pengguna membeli dua benda dan kelihatan seperti membeli satu benda. Cuma mungkin 1 benda tu rendah sikit harganya dari harga asal tetapi masih memberi keuntungan kepada pengeluar.

2. Seorang jurujual dapur memasak memberikan mug percuma kepada sesiapa sahaja.
Tapi setiap orang perlu menulis nama, no kp, alamat dan no tel. Kemudian disoal selidik lagi tentang penggunaan kad kredit dan cara pembelian di pasaraya. Adalah rasional untuk syarikat mengambil nama dan maklumat kerana pengurusan syarikat telah mengamanahkan penjual memberi percuma satu mug untuk setiap orang bukan tanpa kawalan. Jadi buktinya ialah nama dan no kp. Persoalannya, mungkin itu yang dikehendaki syarikat, bukan kewangan. Syarikat inginkan maklumat pengguna. Syarikat tersebut bukan sahaja menjual barang dapur, mungkin juga syarikat yang menjalankan soal selidik pasaran. Hasil soal selidik tersebut mungkin dijual pula kepada syarikat lain yang kemudiannya akan menghubungi pengguna untuk menawarkan perkhidmatan mereka.

Kesimpulan dari dua cerita kat atas ialah percuma dalam perniagaan sebenarnya tiada. Harganya ialah wang, nama, maklumat dan sebagainya. Laman saya kat sebelah pun kalau saya kata kos pos percuma maksudnya pelanggan juga yang bayar sebab harga pos dah saya kira sekali dengan produk. Tetapi kena beli la baru dapat yang percuma tu macam syarikat pengeluar sos tu, dia tak akan beri percuma mi segera kepada yang tak membeli.

Tetapi saya seronok juga ke pasaraya besar kerana ada syarikat yang memang bagi percuma produk mereka seperti merasai secawan kecil susu atau kopi yang telah dibancuh, merasai minuman kultur atau susu segar. Memberi resepi percuma yang boleh dicuba. Yang penting memberi kita pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut atau tidak. Biasanya kalau memang mahu produk tu beli sahaja la walaupun diberi percuma atau tidak dan tidak beli jika tak mahu tapi rasa tetap rasa. Saya percaya orang Malaysia lembut hati dan mudah makan budi dan walaupun pada asalnya tak mahu beli, dah rasa secawan, paling kurang ambil sebungkus.

Jadi tak reti2 lagi??? hahahah lawak saja...tapi kalau nak klik atau nak beli produk2 saya yang tak seberapa tu pun apa salahnya. Saya putarrrrr ....wang besar...wang besar.

Wednesday, October 13, 2010

Program Startup Day Pulau Pinang.




Berkaitan dengan paparan sebelumnya, berikut pautan lebih lengkap berkenaan program ini.



SENARAI MENTOR:-

  1. YBhg Dato' Mohd Noor Kamaludin (Managing Director, Penang Cluster Alliance Sdn Bhd)
  2. Mr Abdul Gaffor Mohd Mydin (COO, Mutiara .com - GLC/solutions)
  3. Mr Chan Kee Siak (CEO, Exabytes - IT Services)
  4. Mr Dhaksinamoorthy Balakrisnan (CEO, Warisan Global - Event Management)
  5. Mr Dzulkafli Jalil (CEO, Smart Lab - Electronics, various)
  6. Mr Hishamuddin Mohamed Amin (CEO, Aspati Group - Multimedia, various)
  7. Mr Hasanuddin Saidin (CEO, Innovation Exchange Bhd)
  8. Mr Jeffrey Lim (CEO, Emanec - Software)
Semoga bermanafaat untuk anda.

Tuesday, October 12, 2010

Start Up Day, Pulau Pinang

Start Up Day, Pulau Pinang

Tuan/Puan:

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang (KUMUDA) akan menjadi tuan rumah bagi acara Start Up Day, Pulau Pinang di Hotel Sunway, Georgetown, Pulau Pinang pada hari Isnin dan Selasa, 18-19 Oktober 2010.

Ringkasnya, program ini merupakan bengkel intensif 1 hari penuh yang sesuai kepada sesiapa yang mempunyai idea untuk memulakan perniagaan baharu (usahasama startup). Acara ini akan menjadi platform kepada mereka yang berhasrat untuk mempertingkatkan idea-idea sedia ada atau mencari calon rakan kongsi / pengasas bersama usahasama tersebut.

MERUPAKAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DI ASIA TENGGARA:

Fasilitator untuk bengkel ini merupakan seorang usahawan Seattle, Amerika Syarikat yang berpengalaman luas. Beliau telah membantu dengan menjadi penasihat dan mencipta ratusan perniagaan baharu melalui acara yang telah disertai oleh lebih 16000 orang di puluhan bandar , seluruh dunia.

Lebih banyak maklumat berkenaan acara ini diterbitkan di http://startup.pp.my

Sila semak maklumat tersebut. Jika ia memberi manafaat kepada anda, KUMUDA amat berbesar hati mengundang anda untuk mendaftar acara ini. Jika tidak menjadi keberatan, KUMUDA amat menghargai jika undangan ini juga dapat diperpanjangkan kepada orang lain yang dapat memperolehi manafaat dari inisiatif ini iaitu yang bertujuan mempromosi keusahawanan melalui aktiviti minggu Startup.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Pn Ija/Cik Atiqah/ En. Hadi di 04-866-2706 / 866-0098

Terima kasih.

b.p

Nasir Sobri

Chairman

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA)

Penang Young Entrepreneurs Co-operative.

http://kumuda.org

Anda diundang ke acara berikut:

Startup Day @ Penang

Tarikh:

Isnin, 18 Oktober, 2010 pada 5:30 PM

- hingga -

Selasa, 19 Oktober, 2010 pada 7:30 PM (GMT 0800)

Lokasi:

Sunway Hotel George Town

33, New Lane (Off Macalister Road)

Pulau Pinang 10400

Malaysia

Saturday, October 9, 2010

Apabila Terjumpa Gambar Eksklusif...

Sedang berjalan-jalan di Internet tiba-tiba terjumpa gambar eksklusif seseorang yang seseorang atau kenamaan. Bagi rakyat biasa seperti saya, tangan mungkin dah gatal untuk berkongsi. Mungkin dalam forum, mungkin dalam blog atau dengan rakan-rakan.

Tetapi tunggu dahulu FIKIR FIKIR FIKIR.

Saya bertuah kerana sering terjumpa gambar eksklusif tersebut sama ada mencari atau sememangnya dipercayai untuk melihatnya. Rasa bertuah tu memang kalau boleh nak dikongsi dengan kawan2 rakan blog atau di forum. Namun saya cuba menempatkan diri di tempat tuan punya gambar, adakah dia suka gambar tersebut dijadikan bahan pameran umum? Mungkin tidak.

Kenapa? Bukankah dia akan lebih terkenal. Terutamanya jika orangnya kacak atau cantik serta baik pula.

Seperti kebanyakan rakyat biasa seperti kita, mereka juga seperti kita. Sudah tentu bimbang andai gambar-gambar tersebut disalah guna. Contohnya ditindih dengan gambar yang tak senonoh atau dijadikan rujukan kepada penjenayah yang mungkin ingin mengambil kesempatan.

Yang di atas selalu menjadi mangsa. Jadi demi keselamatan, saya simpan saja niat awal untuk berkongsi gambar-gambar eksklusif tersebut. Menyedari setiap orang mahukan privasi sendiri.

Namun ada satu hari tu saya berkesempatan bertanya tuan punya gambar, bolehkah saya berkongsi gambarnya? Saya pasti kalau orang lain di tempat saya, mereka tak akan bertanya, terus ambil saja dan tau-tau saja gambar tersebut tersebar meluas.

Apa agaknya jawabnya.....



Dia Kata:



Malangnya dia tak menjawab soalan saya, dia hanya diam, kalau dahulu diam tanda setuju senyum tanda suka, tapi mungkin kerana dia masih mempercayai saya maka dia diam dan ilham untuk berkongsi cerita ini datang. Sudah tentu anda tahu apa jawabnya.







Thursday, October 7, 2010

Kerana Sebuah Lagu...

Cerita lama tapi masih relevan.
Kerana sebuah lagu, dua negara bermusuhan.
Kerana sebuah lagu, hampir kesemua budaya yang selama ini dikongsi bersama ingin ditentukan adakah 'ayam itu berasal dari telur atau telur berasal dari ayam.'
Kerana sebuah lagu, ada yang dituduh jadi pencuri sedangkan lagu itu tidak diketahui pencipta asalnya, warganegaranya, inspirasinya.
Kerana sebuah lagu juga maruah rakyat kedua-dua negara jatuh akibat kata-kata kurang enak yang dituturkan atau ditaip atau dituduh.

Lagu apa tu? Lagu Rasa Sayang yang lama kelamaan akan bertukar jadi Rasa Benci.
Lagu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia,Singapura dan Indonesia sebelum merdeka sehingga kini.
Dipaparkan dalam filem Hindi Singapore di Singapura tahun 50an,
Digunakan dalam pelbagai filem di Singapura dan Malaysia 50an-80an,
Dijadikan lagu kenangan sukan di Indonesia 60an
Dijadikan lagu jinggle Tahun Melawat Malaysia.
Pada saat inilah jarum kebencian ditusuk demi mendapatkan simpati politik, demi melarikan diri dari belenggu sendiri, demi mencipta permusuhan sehingga lagu tersebut cuba dielakkan oleh para penggemarnya kerana meluat dengan perbalahan tak berkesudahan.

Dapat dari youtube antara versi paling lama tahun 1940 nyanyian Siput Sarawak petikan dari Klasik Nasional:



Lagu selepasnya nyanyian Zaharah Agus : Kalau Mau Kenal.

Walau bagaimanapun lagu tersebut bukannya satu-satunya lagu yang dituntut pelbagai pihak. Terdapat satu lagi lagu yang juga cukup popular di rantau sebelah sini yang turut dituntut oleh rakyat begitu banyak negara dari negara-negara Teluk Balkan sampai ke Arab.
Sampaikan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee turut menyadur lagu tersebut dan dimasukkan ke dalam filemnya.




petikan cerita ni panjang sikit sebelum sampai lagu yang saya maksudkan. Tapi enjoy.




Versi Turki tentang kerani.




Versi Bosnia tentang Gadis Anadolko.




Tapi versi Hindi atau bangla ni juga best...





Yang ni pula versi Serbia Tentang Gadis Berambut Russia.




Sampai buat dokumentari...

Banyak sangat versi....so jangan gaduh2 ...jangan jadikan sejarah perang dunia ke3 meletus kerana lagu.

Wednesday, October 6, 2010

Kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan DBP

Selamat menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan.

Berikut dipaparkan pemidato-pemidato luar yang fasih berbahasa kebangsaan. Rakyat Malaysia janganlah terlalu merendah dan memperlekehkan Bahasa Kebangsaan sampai malu nak berbahasa sendiri. Bukankah bahasa kebangsaan kita indah?




Selain penguasaan bahasanya yang baik, isinya juga tentang perpaduan amat menarik untuk sama-sama kita hayati.




Pidato di atas juga menarik. Pemidato di atas merupakan johan pidato antarabangsa.


Berikut antara aktiviti bulan bahasa peringkat Negeri Pulau Pinang.

Wilayah Utara (Pulau Pinang)

Tuesday, October 5, 2010

Temubual dengan "Anak Pontianak"

Video ini merupakan temubual dengan salah seorang aktres veteran terkenal dari Studio Cathay Keris, Singapura. Walaupun beliau mula dikenali dengan cerita seram, saya lebih meminati lakonannya dalam filem Nur Islam. Beliau kemudian banyak berlakon dalam filem Studio Merdeka namun sayangnya TV Malaysia jarang tayangkan ceritanya. Ikuti video temubual tersebut.


Monday, October 4, 2010

Persediaan Sebelum Bercuti

Berdasarkan pengalaman lalu, berikut merupakan cadangan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda mula bercuti.

1. Buat Belanjawan atau Bajet.

Semewah mana pun anda, bajet amat penting sebelum anda memulakan percutian sama ada di luar negara atau di dalam negara. Pada zaman sekarang, boleh dikatakan hampir semua aktiviti percutian memerlukan duit. Walaupun anda bersiar-siar di taman percuma, kenderaan anda juga perlukan minyak dan perjalanan di lebuhraya memerlukan kita membayar tol. Jadi, agar kita tidak tersasar, bajet amat penting dibuat.
Bagaimana caranya? Sudah tentu anda perlu tahu ke mana destinasi anda. Kemudian:
  • Senaraikan perkara dan aktiviti yang memerlukan peruntukan kewangan.
  • Tuliskan anggaran kewangan setiap aktiviti.
  • Sediakan satu ruang perbelanjaan sebenar.

2. Periksa tarikh cadangan percutian.

Percutian sememangnya menyeronokkan namun jika tarikh yang dipilih tidak kena, ia mungkin akan merugikan. Jadi amat penting untuk kita memilih tarikh untuk bercuti. Ada antara kita yang bercuti berdasarkan musim cuti seperti cuti sekolah bagi guru dan pelajar. Musim perayaan atau cuti umum pula sememangnya waktu semua orang bercuti. Namun jika dalam waktu bercuti itu kita ingin melancong ke mana-mana, tarikhnya haruslah sesuai. Contohnya kita tak akan ke pantai sewaktu musim tengkujuh atau laut bergelora. Bagi mereka yang inginkan bersendirian akan elakkan waktu cuti umum dan cuti sekolah untuk percutian yang aman damai tanpa kesesakan. Tarikh juga amat penting untuk menentukan anggaran bajet tambang pengangkutan awam dan penginapan. Biasanya jika bukan waktu puncak, bayaran perkhidmatan tersebut lebih murah.

3. Memohon cuti lebih awal daripada majikan.

Bila dah ada tarikhnya kita perlulah selesaikan kerenah-kerenah birokrasi seperti mengisi borang, maklumkan majikan dan rakan sekerja serta menyusun jadual kerja agar kita dapat bercuti dengan aman damai.

4. Membuat tempahan pengangkutan dan penginapan.

Bila bercuti, biasanya bukanlah terperuk di rumah saja. Kalau kita tidak memandu sendiri sewaktu melancong, mungkin kita mengambil pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang atau feri. Jadi perlulah membuat tempahan tiket lebih awal begitu juga dengan tempat tinggal atau penginapan.

5. Menentukan barang-barang yang akan dibawa sewaktu melancong.

Selain kain baju dan wang saku, antara barang yang penting dibawa ketika hendak bercuti ialah kamera. Tapi yang paling penting jika kita menaiki pengangkutan awam atau menginap di hotel ialah sudah tentulah tiket yang telah dibeli serta wang secukupnya dalam bentuk tunai atau kad kredit. Bagi yang melancong ke luar negara sudah tentu perlukan passport serta pakaian yang bersesuaian dengan cuaca tempat dituju. Adakalanya perlu juga membawa makanan sendiri kerana kesukaran mencari tempat makan yang halal atau sesuai dengan citarasa kita. Barang juga perlu berdasarkan aktiviti yang akan dilaksanakan. Contohnya jika aktiviti tidur dalam hutan, perlulah khemah dan peralatan memasak ringkas. Kalau bersantai di tepi tasik atau pantai, mungkin joran perlu dibawa bagi kaki pancing.


Sunday, October 3, 2010

Video Dikir Barat Dan Tarian Saman

Video-video berikut berkaitan artikel sebelumnya berkenaan Dikir Barat dan Tarian Saman.

Separuh Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2009

Format Dikir Barat di bawah dalam bentuk Pertandingan atau Debat.






Dikir Barat Lebih Moden dari Pendikir Warwick MSA 2006 dengan lagu wajib Wau Bulan.




Berikut pula Video Tarian Saman
- Penjelasan yang lebih terperinci di laman Youtube fajriboy.


Dikir Barat Dan Tarian Saman.

Artikel ini untuk memberi penjelasan tentang perbezaan antara Dikir Barat dan Tarian Saman.

Sedikit latar belakang Dikir Barat dan Tarian Saman dipetik dari laman
Wikipedia Bahasa Melayu.

Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan, Malaysia yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.

Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.


Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.


Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.


Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.


Tarian Saman adalah tarian suku Gayo dari Sumatera, Indonesia, yang biasanya dilakukan untuk merayakan peristiwa-peristiwa penting dalam istiadat mereka. Tarian Saman memanfaatkan syair dalam bahasa Arab dan Gayo. Tarian ini juga dipaparkan untuk merayakan kelahiran Nabi Muhammad.


Tarian Saman biasanya dipaparkan tidak menggunakan iringan alat muzik, tetapi menggunakan suara dari para penari dan tepuk tangan mereka. Tarian juga digabungkan dengan memukul dada dan pangkal paha mereka sebagai penyegerakan, serta dengan melontarkan badan-badan ke segala arah. Para penari pada umumnya terdiri dari laki-laki yang masih muda. Nama tarian "Saman" diperoleh dari salah satu ulama besar Aceh, Syeikh Saman.


Kedua-dua jenis persembahan tradisional tersebut merupakan persembahan yang berbeza.

Perbezaan ketara ialah Dikir Barat mempunyai dua orang ketua nyanyian yang disebut Tok Juara dan Tukang Karut serta persembahan lengkapnya perlu sekurang-kurangnya 3 lagu. Lagu pertama biasanya diambil dari lagu ciptaan sendiri atau lagu popular masa kini yang dikekalkan liriknya atau diubah liriknya mengikut mesej yang ingin disampaikan dalam sesuatu persembahan. Lagu kedua nyanyian Tukang Karut yang biasanya rancak dan liriknya spontan. Manakala lagu ketiga atau lagu terakhir merupakan lagu wajib iaitu lagu Wau Bulan.

Persembahan juga diiringi orkestra muzik tradisional:

Alat-alat muzik dikir barat

1.Sebiji tetawak(gong) tergantung

2.Sebiji rebana ibu

3.Sebiji rebana anak

4.Sepasang marakas(buah rumba)

Persembahan Dikir Barat amat terkenal di Malaysia dan sering menjadi salah satu persembahan wajib di peringkat institusi seperti sekolah, universiti dan acara kebudayaan. Bahasa yang digunakan biasanya loghat Kelantan namun perkembangannya menyaksikan pelbagai bahasa lain turut digunakan.

Pada peringkat institusi ini, adakalanya agak sukar untuk mendapatkan alat muzik tradisional yang sebenar, maka sering alat muzik gantian yang lebih mudah didapati seperti kompang.


Para penggiat Tarian Saman mungkin salah sangka apabila melihat Dikir Barat yang dikatakan menyerupai tarian mereka. Ia sering disalahertikan oleh kedua-dua kumpulan seni terbabit kerana persamaan dari segi tarian duduk penari Tarian Saman dan tarian duduk awak-awak pendikir Dikir Barat. Namun sebenarnya jika dilihat dengan teliti, tarian duduk pendikir tidaklah serancak tarian duduk Penari Saman. Tarian dan tepuk pendikir biasanya lebih mudah dan tidaklah sampai perlu menghayunkan badan ke semua arah seperti Tarian Saman. Pendikir biasanya duduk dalam 2-3 barisan mengikut susunan kreativiti. Namun tidak dinafikan sekiranya pendikir menonton saman atau sebaliknya, kedua-dua kumpulan dapat inspirasi untuk mencantikkan lagi kreografer tarian duduk mereka. Cuma untuk sesuatu kumpulan menyatakan satu tarian meniru tarian lain adalah tidak benar kerana disiplin tarian yang berbeza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...