Monday, August 22, 2011

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Siti Saleha.



Pada hari sabtu 20 Ogos 2011 di Shah Alam baru-baru ini telah berlangsung suatu majlis berbuka puasa yang meriah yang dianjurkan oleh peminat-peminat Siti Saleha bersama beliau.

Saleha memakai baju kurung ungu yang cantik sesuai dengan tema majlis. Majlis ini merupakan hasil idea bersama 6 orang peminat 'gila-gila' yang bertemu dan bersahabat di twitter dan FB. Dengan pelbagai sumbang saran dan mesej yg mencecah 12000 di laman FB maka terhasillah satu malam kenangan manis yang sukar dilupakan oleh peminat-peminatnya.

Pada malam itu, Siti Saleha tiba tepat waktu masuk berbuka puasa akibat terperangkap dalam kesesakan lebuhraya. Dia begitu ramah dan murah dengan senyuman. Saya sebagai salah seorang ajk berpeluang duduk semeja dengannya kerana kami telah lantik diri kami sendiri sebagai VIP...yelah kan kami kerek hahaha.

Tapi ada kisah lucu di sebaliknya...saya terlepas nak sambut dia kerana dia naik lif bukan tangga. Sedangkan 2 org ajk telah siap tunggu di tangga. Walau bagaimanapun, saya dapat pelukan pertama. :-)

Acara dimulakan dengan doa dan jamuan berbuka puasa secara bufet. Selepas solat maghrib sekitar 8.15, majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi dan sepatah dua kata dari Siti Saleha sendiri. Jelas kelihatan dirinya agak tergamam dengan sambutan yang di luar jangkaannya. Peminat juga kemudian diberi peluang bertanya soalan. Beliau menjawab dengan bersahaja dan penuh humor. Saya sempat merakamnya dalam bentuk video. (Kalau nak sila la tempah. Sila hubungi jualbeli@1malaysia.my). Beberapa soalan dijawab penuh yakin malah beliau turut menceritakan perkembangan kerjaya beliau. Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah cabutan bertuah. 5 nombor dicabut untuk menerima 3 hadiah dari AJK dan 2 hadiah dari beliau sendiri. Pihak AJK sendiri tak tahu hadiah yang dibawanya. Menurut kata salah seorang pemenang satu ialah cadar dan satu lagi tak pasti mungkin boleh tanya geng wartawan Fe mag.

Selepas sesi cabutan bertuah, ada pula sesi penyampaian hadiah daripada ajk dan peminat-peminat. Serta sesi bergambar dengan peminat-peminat serta autograf. Saleha juga berkesempatan membaca komen-komen peminatnya yang ditayangkan di skrin. Komen-komen tersebut telah dikumpul sejak awal menerusi laman web Team Siti Saleha.

Selepas video tersebut, kami juga menayangkan sebuah video khas macam ala-ala dokumentari la yang ada waktunya menyentuh hatinya untuk turut sama melepaskan gelak ketawa tapi sebab pro dengan mainan kamera dia segera 'control ayu' bila wajahnya saya rakam.

Secara keseluruhannya saya lihat, beliau serta peminatnya amat terhibur dengan apa yang telah dipaparkan.

Terima kasih kepada Siti Saleha dan pengurusnya Hazri kerana sudi menjadikan impian peminatnya suatu kenyataan.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...