Tuesday, June 14, 2011

Kesalahan-kesalahan kecil dalam drama Nora Elena


Sempena episod-episod terakhir sebelum drama ni menutup tirai. Saya nak kongsikan tentang kesalahan-kesalahan kecil dalam drama ini yang telah dikesan peminat. Mungkin sewaktu drama ini dibuat, pihak produksi dan para pelakonnya tidak menjangkakan akan berlaku fenomena sehebat ini. Jadi banyak perkara yg agak terlepas pandang.

Kalau video bloopers episod 1 dan 2 yang boleh ditonton di Parti Tonton Nora Elena memaparkan kesalahan yang disedari pelakon dan produksi, video di bawah memaparkan kesalahan yang dikesan setelah drama ditayangkan. Berikut video youtube yang dipetik dari laman Kelab Peminat Siti Saleha.





Dalam video ni pun ada lagi sebenarnya yang saya dapat kesan kesalahannya. Cuba lihat pada Laman FB Qaseh Suci. ( 0:34 )

Born on 9 Feb 1979. Maksudnya jika diambil kira 2011 jadi umurnya sekarang 32 tahun. Sedangkan kejadian hitam yang disebut dalam drama ni sering disebut 10 tahun lalu iaitu tahun 2001 ketika Nora Elena berusia 22 tahun sedangkan drama menggambarkan Nora Elena berusia 15 tahun semasa kejadian hitam dan setelah 10 tahun berlalu dia sepatutnya berusia 25 tahun tahun ni. Sepatutnya tahun kelahiran 1986.

Ada satu lagi tidak dipaparkan iaitu ketika close up kad jemputan kahwin Seth dan Nora yang menggambarkan kesilapan tarikh hijrah serta nama Seth disebut dahulu sebelum Nora. Orang yang menjemput ke perkahwinan itu ibu bapa Nora, jadi sepatutnya nama Nora disebut dahulu baru nama Seth.

Ok selamat menonton. Apa nak buat sekarang saya pun dah demam dengan drama Nora Elena dan jadi peminat Siti Saleha. Lagi 2 episod sebelum tamat.


2 comments:

eyida said...

tak perasanla pulak.hihi

usahaone said...

Terima kasih komen. Follow la saya kalau sudi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...