Thursday, June 2, 2011

Semalam, Hari Ini Dan Bila Esok...


Semalam membawa api membakar bara jantung...

Hari ini kau datang riang tersenyum buat ku senang...

Dan bila esok kita kan bertemu kembali masihkah ada ruang di hati kita untuk cinta yang pernah kita miliki untuk selama-lamanya.



eh macam pernah dengar je. Tapi di mana ye? Yang baris pertama tu petikan puisi saya. Yang kedua tu lagu malar segar tanah seberang dan baris ketiga ialah lagu nyayian SOFAZ Lagu tema Drama Nora Elena adaptasi Novel Kasih Yang Suci.

Khabarnya penangan drama ni. Novel kehabisan stok dan perlu dicetak lagi. Sebenarnya agak lama tidak tengok drama Melayu atau cerekarama. Cuma sejak Drama Nurkasih kualiti drama semakin menarik.

Saya boleh kata setakat ni drama tempatan yang boleh membawa saya kembali menonton kaca TV ialah Drama Bersiri Nurkasih, Nora Elena dan Juvana. Drama lain bagus juga namun tidak sehebat zaman 90an lalu. Mungkin agak sukar untuk terbitan bermutu diketengahkan apabila stesen TV membeli lambakan sinetron seberang atau Hindi dan kurang memberi tumpuan pada penerbit tempatan. Kreativiti pula disekat akibat permintaan stesen TV . Namun banyak juga drama korporat dan siri yang tidak menjadi walaupun telah mengikut kehendak stesen TV. Semua kerana minat juga. Saya sarankan siapa yang berminat dengan drama bermutu menonton Kitab Cinta drama arahan Erma di saluran TV baru TV Alhijrah.

Berbalik kepada Drama Nora Elena. Ia sebuah pakej lengkap dan menarik. Saya pasti Siti Saleha akan mengikut jejak Lisa Surihani dan Tiz sebagai pelakon terkenal. Lagipun kita dah biasa dengan wajahnya dalam iklan-iklan. Pemilihan pelakon amat sesuai terutamanya pelakon utama yang kacak dan jelita. Jalan cerita yang menarik diambil dari Novel yang laris diulang cetak. Memberi pulangan berganda kepada penulis dan penerbit novelnya. Malah lagu temanya juga amat menarik. Sekali dengar sudah suka. Paling penting pelakon berjaya menterjemahkan romantik yang dibayangkan di dalam novel menjadi terasa berada di alam khayal sebentar. Kerana itu rating rancangan itu semakin naik. Khabarnya banyak drama yang sudah diadaptasi dari Novel. Antaranya Legenda Budak Setan, Ombak Rindu, Julia, dan lain-lain.

Jom layan lagu ni.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...