Wednesday, May 11, 2011

Kebaikan Rakyat Malaysia.


Hari ni cerita yang lebih ringan. Setelah pada awal bulan Mei kita dikecewakan dengan cerita-cerita yang menyedihkan seperti harga petrol yang meningkat walaupun RON 97 dan lima hari selepas tu harga gula pula naik yang lambat laun akan menyebabkan harga makanan juga akan naik atau kuih muih menjadi cinonit sebesar pil.

Balik kepada tajuk asal. Pada hari ni saya nak bercerita tentang kebaikan rakyat Malaysia. Saya ingin berkongsi pengalaman sendiri dari sudut positif kerana sekarang cerita-cerita lebih banyak mengundang air mata seperti tentang orang terjatuh, bayi terbuang, kapal terbang terjatuh, bencana alam, badan dan hati yang panas. Maaf saya termelalut lagi.

Terus ke tajuk..rakyat Malaysia ramai yang jujur dan baik hati dan saya bertuah berjumpa dengan insan-insan ini.

Kisah pertama:

Beberapa tahun dahulu saya melancong ke KL melihat Mata Malaysia sebuah roda gergasi yang menghidangkan pemandangan indah KL. Setelah selesai merasakan pengalaman singkat tersebut. Saya dan keluarga pergi menjamu selera di salah sebuah gerai yang terdapat di situ.
Sewaktu saya sampai di tempat letak kereta, saya menyedari dompet saya tiada. Saya pergi semula mencari ke tempat kami duduk. Tak ada. Meja telah dikemaskan. Kami berpecah bertanya gerai-gerai yang ada di situ. Agak sukar, orang ramai dan pekerjanya semua sibuk. Namun saya bernasib baik kerana salah seorang pekerja gerai terbabit menyatakan dia menyimpan dompet saya. Dia memulangkan dompet saya tanpa meminta sebarang imbuhan dia seorang India Muslim. Dompet saya tu tak lah banyak duit sangat tapi segala mak nenek macam kad pengenalan, kad bank dan lain-lain kad yang agak penting serta duit berada di situ. Seribu rahmat dapat orang yang jujur seperti pekedai tu.

Kisah Kedua:

Saya dan keluarga dalam perjalanan pulang dari kampung dan melalui lebuhraya. Tiba di salah satu hentian rehat, kami singgah untuk makan dan kemudian memandu semula melalui lebuhraya. Tiba-tiba salah seorang ahli keluarga saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang tak dikenali. Katanya dia terjumpa telefon saya tercicir di tempat letak kereta hentian rehat. Katanya sewaktu dia meletak kereta, telefon saya ada di atas tar. Telefon tu tak lah mahal mana. sekadar telefon asas yang boleh bercakap atau sms tapi semua nama rakan-rakan dan keluarga ada kat situ. Payah juga la kalau hilang. Kami membuat janji untuk bertemu di salah satu simpang keluar tol memandangkan dia baru hendak menjamu selera sedangkan kami pula dalam perjalanan. Dia juga memulangkan telefon saya tanpa sebarang imbuhan - keluarga Melayu.

Kisah Ketiga:

Kes dompet saya lagi. Tercicir masa di pasar Ramadan. Saya kata kali ni mungkin tak ada harapan. Saya singgah masjid dan sembahyang Asar. Saya berdoa. Saya kata kalau ada rezeki saya lagi dengan dompet tu, saya harap saya dapatlah semula. Tiba-tiba telefon saya berdering. Kawan sekerja saya telefon. Dia tanya saya ada hilang apa-apa tak? Dia kata ada orang telefon dia dan kata ada jumpa dompet saya dan nak pulangkan semula. Tapi kakak yang jumpa dompet saya tu dah balik ke rumah. Dia beri no telefon kepada kawan saya yang kebetulan ada nombornya dalam dompet tu yang kemudian hubungi saya. Setelah selesai buka puasa saya ke rumah kakak tu. Kali ni saya bawa sedikit buah tangan sekadar penghargaan biarpun kakak tu tak minta lagi pun bulan puasa. Kawan saya tu seoarang India dan kakak yang jumpa tu Melayu.

Kisah Keempat:

Kali ni di luar negara. Kali ni saya tertinggal passport saya di salah sebuah pejabat yang saya berurusan. Telah lepas waktu kerja dan saya serombongan dalam perjalanan ke Hotel. Tiba-tiba saya meyedari saya tertinggal passport. Namun saya bertuah kerana walaupun dia bukan warganegara Malaysia. Mereka pun jujur dan sedia membantu saya. Dia seorang berbangsa Cina negara jiran. Dia segera menghubungi pejabat yang ketika itu sedang dikeamaskan. Kami berpatah balik dan dapatlah semula pasport saya.

Alhamdulilah, saya bertuah berjumpa dengan orang-orang yang baik yang sudi membantu sewaktu saya tercicir barang.

1 comment:

Yumida said...

sama2 kita mghargai keindahan n kemakmuran negara kita....

follow awak yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...