Saturday, April 2, 2011

Pelbagai Acara Di Pulau Pinang.


Sudah agak lama saya tak kemaskini blog ni, kesian dekat pengikut saya yang seorang ni. Harap-harap lepas ni bertambahlah lagi pengikut atau yang lain2 kalau minat beli buku online bolehlah ke blog saya di sebelah iaitu http://www.abone-enterprise.blogspot.com

Hari ni saya nak bercerita tentang pelbagai acara yang berlangsung di Penang hari ni.

Antaranya yang dah memang masuk berita ialah lawatan PM. Beliau telah pun melawat pasar-pasar di sekitar Pulau Pinang antaranya Pasar Taman Tun Saadon. Memang pagi-pagi kawasan ni sibuk dengan orang membeli belah di pasar dan bersarapan pagi.

Sekarang dah pukul 3 lebih. Rasanya sekarang PM sama ada di Hotel Equatorial bertemu rakan-rakan onlinenya atau sudah pun ke suatu acara lagi di PISA. Khabarnya ada tarian India.

Tengah hari tadi, kenduri rakyat diadakan di Balik Pulau. Bas-bas percuma turut disediakan.

Pagi tadi hujan lebat di sini. Mood rakyat pun kurang hendak keluar memandangkan harga minyak pun sudah naik bagi yang menggunakan RON 97.

Walau bagaimanapun, ada satu acara lagi hari ini di Padang Kota. Fort Cornwallis dibuka percuma dan ada konsert Indie. Khabarnya ada pelancaran album Radio Demokratika.
Persembahan secara langsung live band , pembacaan sajak, jualan memorabilia dan sebagainya. Acara ini anjuran PerlembagaanKu, Saya Anak Bangsa Malaysia dan Frijan. Acara ini lebih dikenali dengan Rock 4 Rights Music Carnival.

Apa yang menarik, khabarnya YB Nurul Izzah turut akan membuat persembahan serta terdapat juga satu khemah disediakan untuk pendaftaran pengundi bagi yang belum berdaftar.
Jadi Pulau Pinang hari ini penuh dengan acara.

Maklumat lanjut. :

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...