Wednesday, December 1, 2010

MDEX satu lagi peluang untuk usahawan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni nak bercerita tentang peluang perniagaan terutamanya kepada mereka yang berdaftar dengan SSM. Sebuah laman web untuk memaparkan produk-produk secara online.

MDEX atau 'Malaysian Digital Enterprise Exchange', ialah sebuah platform perniagaan ke perniagaan (B2B) yang membolehkan perniagaan
mengoptimakan proses perniagaan harian mereka. Dengan MDEX dan potensi tinggi Internet, aktiviti perniagaan dioptimakan untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan.

MDEX dilengkapi dengan keupayaan dan fungsi sebutharga elektronik, tempahan belian elektronik, tempahan penghantaran elektronik, invois elektronik dan pembayaran elektronik.

Walaupun dalam pengenalannya lebih mengutamakan kaedah perniagaan ke perniagaan(B2B),
Terdapat juga ruang untuk perniagaan ke pengguna akhir (B2C).

Laman ini mensasarkan 3000 perniagaan untuk berdaftar dengan mereka sehingga hujung tahun ini.

Lawati MDEX (Klik)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...