Sunday, July 8, 2007

Buatan Malaysia.


Saya terbaca satu artikel dalam bahasa Inggeris tentang kualiti rendah barangan buatan Malaysia. Artikel itu bukan saja menyatakan tentang produk keluaran tempatan malah turut terkena tempiasnya adalah produk-produk antarabangsa yang dihasilkan di Malaysia juga. Inilah cabaran kepada pengeluar barangan Malaysia setelah 50 tahun merdeka.

Tidak dinafikan tetapi tidak semua barangan Malaysia atau yang dihasilkan di Malaysia tidak berkualiti. Perlu diingat, banyak barangan dari negara luar dilambakkan di sini. contoh dari China, Vietnam, Indonesia dan Thailand. Banyak juga barangan asli Malaysia (yang berkualiti) dilabel untuk negara luar seperti untuk Singapura. Lembu punya susu sapi punya nama.

Penulis artikel itu juga memperlekehkan tentang minyak sawit sebagai punca rasa yang tidak enak dalam semua makanan yang dinikmati meskipun ia dari jenama antarabangsa. Seperti ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan komoditi sawit Malaysia di pasaran dunia.

Satu lagi puncanya adalah sumber manusia. Syarikat pengeluar di Malaysia banyak utamakan tenaga buruh dari Indonesia, Vietnam, Nepal, Bangladesh dan warga asing lain berbanding rakyat Malaysia sendiri kerana kos buruh lebih murah.Kualiti buruh yang ditawarkan tidak boleh dikawal 100% daripada pihak kilang. Ini disebabkan latar belakang pendidikan yang berbeza serta tekanan untuk memenuhi tempahan dalam masa singkat. Mahu tak mahu, syarikat terpaksa menerima saja buruh-buruh yang belum jelas berkualiti kerana terpaksa. Yang lebih menyedihkan, tidak semua buruh terbaik yang dipilih muncul. Banyak yang menarik diri saat akhir. Pelbagai alasan tapi salah satunya, calon2 ni banyak yang dieksport ke negara maju yang menawarkan komisen dan gaji yang lebih lumayan. Apa jangkaan anda untuk memastikan produk yang dihasilkan benar2 menepati piawai dalam keadaan buruh seperti itu dan majikan yang terlalu kedekut yang hanya mahu memenuhi syarat saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...