Monday, July 16, 2007

e perolehan

Sudah tahu lama tentang e perolehan iaitu satu kaedah online untuk menjual barang dengan kerajaan. Kelmarin sempat untuk lihat preview tentang perkara ini yang dikendalikan oleh syarikat pelopornya. Namun untuk menjadikan e perolehan sebagai satu kaedah urusan kerajaan sepenuhnya, agak sukar pada masa ini meskipun telah lebih 6 tahun berjalan.
Pandangan peribadi saya, walaupun satu masa nanti menurut syarikat terbabit dan wakil kementerian kewangan, kaedah ini akan digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk membeli secara online, pembekal haruslah diberikan peluang menggunakan kedua-dua kaedah yang sedia ada. Banyak perkara sebenarnya yang perlu dikaji terutamanya tentang katalog barangan yang percuma untuk 30 ruang produk sahaja manakala setiap tambahan produk dikenakan bayaran sebanyak RM 50.00 setiap satu. Bayangkan sekiranya sesebuah syarikat mampu membekalkan 1000 jenis produk, mereka terpaksa mendownload sehingga 1000 produk ke dalam talian. Ini menyebabkan kos barangan semakin bertambah. Menurut syarikat terbabit setakat ini telah mempunyai 120000 pembekal telah berdaftar dan berbillion urusniaga telah berlaku namun bayangkan bagaimana sebuah syarikat kecil untuk bersaing atau menonjolkan diri dalam pengkalan data online e perolehan. Berapa banyak syarikat yang akan ditapis oleh sesebuah organisasi kerajaan untuk mendapat barangan yang diperolehi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...