Monday, February 28, 2011

Saman


Kelmarin hari terakhir bayar saman dengan harga diskaun untuk tahun ni. Balai-balai polis dan pejabat pos diserbu oleh orang ramai untuk melangsaikan saman-saman trafik. Walaupun telah beberapa bulan kaunter dibuka, namun ramai yang memilih saat-saat akhir.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan pejabat membuka 1 kaunter dan urusan dijalankan secara manual. Setiap orang mengambil masa kira-kira 10 minit. Barisan sudah tak ada rupa barisan lagi. Sistem nombor tidak ada dan menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu berjam-jam sehingga tiba gilirannya.

Secara sinis petugas / polis dan kerajaan akan berkata, itu salah orang ramai sendiri kerana lambat melunaskan saman. Bagi pihak orang ramai pula, mereka terpaksa bergolok bergadai untuk membayar saman kerana saman yang dikenakan, ada yang sejak beberapa tahun lalu atau ada juga yang tidak disedari kerana saman ekor. Kebetulan pula gaji bulan Februari diperolehi minggu tersebut bagi kakitangan kerajaan. Pada awal bulan , wang banyak dihabiskan sempena perayaan Tahun Baru Cina atau balik kampung. Manakala pada Januari pula sibuk dengan belanja persekolahan.

Untuk pembayar-pembayar saman, selamat terhibur dengan lagu POE kat atas. Moralnya kat sini jangan pandu laju, ikut peraturan jalan raya dan berhati-hati, jangan bagi orang lain pinjam kereta.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...