Monday, February 28, 2011

Saman


Kelmarin hari terakhir bayar saman dengan harga diskaun untuk tahun ni. Balai-balai polis dan pejabat pos diserbu oleh orang ramai untuk melangsaikan saman-saman trafik. Walaupun telah beberapa bulan kaunter dibuka, namun ramai yang memilih saat-saat akhir.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan pejabat membuka 1 kaunter dan urusan dijalankan secara manual. Setiap orang mengambil masa kira-kira 10 minit. Barisan sudah tak ada rupa barisan lagi. Sistem nombor tidak ada dan menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu berjam-jam sehingga tiba gilirannya.

Secara sinis petugas / polis dan kerajaan akan berkata, itu salah orang ramai sendiri kerana lambat melunaskan saman. Bagi pihak orang ramai pula, mereka terpaksa bergolok bergadai untuk membayar saman kerana saman yang dikenakan, ada yang sejak beberapa tahun lalu atau ada juga yang tidak disedari kerana saman ekor. Kebetulan pula gaji bulan Februari diperolehi minggu tersebut bagi kakitangan kerajaan. Pada awal bulan , wang banyak dihabiskan sempena perayaan Tahun Baru Cina atau balik kampung. Manakala pada Januari pula sibuk dengan belanja persekolahan.

Untuk pembayar-pembayar saman, selamat terhibur dengan lagu POE kat atas. Moralnya kat sini jangan pandu laju, ikut peraturan jalan raya dan berhati-hati, jangan bagi orang lain pinjam kereta.



Monday, February 21, 2011

1.5 juta galak pasangan muda kahwin...

Berita nak tambah rating hahaha...bagus lah ni sesiapa yang ada calon, bolehlah isi borang memohon. Tapi ni untuk orang muda dan belum kahwin je bukan untuk yang belum "kahwin lagi"

*****************

Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan)

- Kota Bharu, 16 Februari 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...