Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah agak lama saya tak kemaskini blog ni. Tiba-tiba saya terdetik untuk menulis tentang maklumat yang saya perolehi sewaktu menonton siaran TV berkenaan penyakit dan penawar kaedah Islam.
Saya sebenarnya tidak ingat sepenuhnya fakta dan doa-doa yang perlu dibaca untuk menyembuhkan penyakit seperti di dalam rancangan tersebut. Walau bagaimanapun ada beberapa petuanya yang tidak rugi untuk pesakit yang mengalaminya amalkan. Maklumat lebih lanjut mohon dapatkan buku penyakit dan penawar di kedai-kedai buku berhampiran.
Antara yang sempat saya dengar ialah berkenaan penawar penyakit-penyakit berikut:
1. Angin ahmar atau strok
Minum susu kambing segar yang baru diperah.
2. Barah
Tumbuk sarang angkut-angkut dan daun semalu serta sapukan di bahagian luaran kawasan terkena barah berkenaan. Ia juga sesuai untuk rawatan bengkak dan bisul.
3. Asthma
Titiskan getah betik muda pada sesudu madu dan beri minum sebagai ubat untuk kanak-kanak. Jika dewasa, ambil lendir belut dan minum. Lendir belut juga boleh dimakan seperti jem pada roti jika tidak lalu minum terus begitu saja.
4. Resdung
Sedut air melalui hidung dengan meletakkan hidung di antara ibu jari dan jari telunjuk. Disarankan juga gunakan air yang diambil dari 7 kolah masjid.
Itulah serba sedikit penawar yang boleh diamalkan. Sebahagian dari ikhtiar untuk mereka yang sakit. Allah juga yang menyembuhkan. InsyaAllah.