Wednesday, May 11, 2011

Kebaikan Rakyat Malaysia.


Hari ni cerita yang lebih ringan. Setelah pada awal bulan Mei kita dikecewakan dengan cerita-cerita yang menyedihkan seperti harga petrol yang meningkat walaupun RON 97 dan lima hari selepas tu harga gula pula naik yang lambat laun akan menyebabkan harga makanan juga akan naik atau kuih muih menjadi cinonit sebesar pil.

Balik kepada tajuk asal. Pada hari ni saya nak bercerita tentang kebaikan rakyat Malaysia. Saya ingin berkongsi pengalaman sendiri dari sudut positif kerana sekarang cerita-cerita lebih banyak mengundang air mata seperti tentang orang terjatuh, bayi terbuang, kapal terbang terjatuh, bencana alam, badan dan hati yang panas. Maaf saya termelalut lagi.

Terus ke tajuk..rakyat Malaysia ramai yang jujur dan baik hati dan saya bertuah berjumpa dengan insan-insan ini.

Kisah pertama:

Beberapa tahun dahulu saya melancong ke KL melihat Mata Malaysia sebuah roda gergasi yang menghidangkan pemandangan indah KL. Setelah selesai merasakan pengalaman singkat tersebut. Saya dan keluarga pergi menjamu selera di salah sebuah gerai yang terdapat di situ.
Sewaktu saya sampai di tempat letak kereta, saya menyedari dompet saya tiada. Saya pergi semula mencari ke tempat kami duduk. Tak ada. Meja telah dikemaskan. Kami berpecah bertanya gerai-gerai yang ada di situ. Agak sukar, orang ramai dan pekerjanya semua sibuk. Namun saya bernasib baik kerana salah seorang pekerja gerai terbabit menyatakan dia menyimpan dompet saya. Dia memulangkan dompet saya tanpa meminta sebarang imbuhan dia seorang India Muslim. Dompet saya tu tak lah banyak duit sangat tapi segala mak nenek macam kad pengenalan, kad bank dan lain-lain kad yang agak penting serta duit berada di situ. Seribu rahmat dapat orang yang jujur seperti pekedai tu.

Kisah Kedua:

Saya dan keluarga dalam perjalanan pulang dari kampung dan melalui lebuhraya. Tiba di salah satu hentian rehat, kami singgah untuk makan dan kemudian memandu semula melalui lebuhraya. Tiba-tiba salah seorang ahli keluarga saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang tak dikenali. Katanya dia terjumpa telefon saya tercicir di tempat letak kereta hentian rehat. Katanya sewaktu dia meletak kereta, telefon saya ada di atas tar. Telefon tu tak lah mahal mana. sekadar telefon asas yang boleh bercakap atau sms tapi semua nama rakan-rakan dan keluarga ada kat situ. Payah juga la kalau hilang. Kami membuat janji untuk bertemu di salah satu simpang keluar tol memandangkan dia baru hendak menjamu selera sedangkan kami pula dalam perjalanan. Dia juga memulangkan telefon saya tanpa sebarang imbuhan - keluarga Melayu.

Kisah Ketiga:

Kes dompet saya lagi. Tercicir masa di pasar Ramadan. Saya kata kali ni mungkin tak ada harapan. Saya singgah masjid dan sembahyang Asar. Saya berdoa. Saya kata kalau ada rezeki saya lagi dengan dompet tu, saya harap saya dapatlah semula. Tiba-tiba telefon saya berdering. Kawan sekerja saya telefon. Dia tanya saya ada hilang apa-apa tak? Dia kata ada orang telefon dia dan kata ada jumpa dompet saya dan nak pulangkan semula. Tapi kakak yang jumpa dompet saya tu dah balik ke rumah. Dia beri no telefon kepada kawan saya yang kebetulan ada nombornya dalam dompet tu yang kemudian hubungi saya. Setelah selesai buka puasa saya ke rumah kakak tu. Kali ni saya bawa sedikit buah tangan sekadar penghargaan biarpun kakak tu tak minta lagi pun bulan puasa. Kawan saya tu seoarang India dan kakak yang jumpa tu Melayu.

Kisah Keempat:

Kali ni di luar negara. Kali ni saya tertinggal passport saya di salah sebuah pejabat yang saya berurusan. Telah lepas waktu kerja dan saya serombongan dalam perjalanan ke Hotel. Tiba-tiba saya meyedari saya tertinggal passport. Namun saya bertuah kerana walaupun dia bukan warganegara Malaysia. Mereka pun jujur dan sedia membantu saya. Dia seorang berbangsa Cina negara jiran. Dia segera menghubungi pejabat yang ketika itu sedang dikeamaskan. Kami berpatah balik dan dapatlah semula pasport saya.

Alhamdulilah, saya bertuah berjumpa dengan orang-orang yang baik yang sudi membantu sewaktu saya tercicir barang.

Saturday, May 7, 2011

Kapal Terbang Jatuh Laut - 25 Maut

Sebuah kapal terbang dengan sekitar 25 penumpang dan anak kapal jatuh ke laut sewaktu hujan pada hari Sabtu di Indonesia timur, mengorbankan semua penumpangnya, kata seorang tentera laut kepada radio tempatan.

"Saya dapat mengesahkan bahawa semua penumpang maut ketika pesawat meletup saat jatuh ke laut," kata tentera laut terlibat dalam pencarian kepada radio Elshinta.
"Pesawat itu hancur berkeping-keping ... Kami mendapati 15 mayat terapung di atas air dan penumpang yang lain terperangkap di dalam runtuhan."

Seorang jurucakap kementerian pengangkutan terdahulu mengatakan ada 27 orang di atasnya - 21 penumpang dan enam anak kapal - Merpati Nusantara penerbangan pesawat MA-60.
Kapal terbang berlepas dari bandar Sorong, Papua Barat untuk ke kabupaten Kaimana sekitar 400 kilometer (250 batu) ke selatan, katanya.

Tentera laut Gunawan rasmi mengatakan sekitar 10 penyelam tentera laut telah cuba untuk mencari penumpang lain di dalam runtuhan, yang terletak di sekitar enam kilometer dalam.
"Kami kesulitan mencari mereka kerana arus yang kuat dan peralatan terhad," katanya menambah bahawa kemalangan terjadi sekitar 400 meter dari garis pantai.

Hujan lebat ketika kemalangan itu berlaku kira-kira tengah hari, katanya.
Para pegawai penerbangan tidak dapat memberikan komentar atas kronologi kemalangan atau jumlah rasmi penumpang.

Kepulauan Indonesia yang luas dan amat bergantung pada pengangkutan udara dan memiliki salah satu rekod terburuk di Asia berkaitan keselamatan udara.

Pada tahun 2007, sebuah pesawat Adam Air dengan 102 penumpang dan anak kapal jatuh di perairan laut dalam pantai Sulawesi, dengan tidak ada yang selamat. Tidak ada mayat ditemui dan hanya serpihan pesawat yang terdampar. -AFP

Tuesday, May 3, 2011

Pantun-pantun klasik


Jalan-jalan.. terjumpa beberapa pantun klasik..


Pucuk-pucuk pisang
Sayur batang keladi
Pujuk-pujuk datang
Nikmati hidangan kami

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana musim mana
Esok boleh kita berjumpa lagi

Jika ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Tetak kayu sena
Buat kayu api
Jantan tak berguna
Tak usah dibuat laki

Gajah berzikir
Badak mengaji
Banyak sangat berpikir
Apa kerja pun tak menjadi

Pulau Pinang laut sekeliling
Tempat orang minum arak
Sirih pinang boleh kukirim
Hatiku susah mana nak dibawak

Tanam pinang rapat-rapat
Agar puyuh tak dapat lari
Kupinang-pinang tak dapat dapat
kupujuk-pujuk kubawa lari

Kain pelekat kepala dua
Jahit dengan benang sedeli
Kalau kita sudah berpakat berdua
Orang marah usah peduli

Kain buruk kain cokin
Mari letak tepi kuali
Rupa buruk dahla miskin
Siapa hendak ambil peduli

Sayang terkikin kerang betina
Cari makan di lubuk batu
Orang miskin jangan dihina
Kuasa tuhan belum tahu

Rendang atas kota
Makan orang dari klian
Biar pandang rata-rata
Agar tak sesal kemudian

Chu loyok makan sirih
Sirih kemenyan dalam padi
Buruk elok aku tak pilih
Aku dah berkenan di hati

Orang Aceh membeli papan,
Bawa belayar ke Tanjung Rumi
Bunga kembang di taman harapan
Jgn dibiarkan kuntum gugur layu ke bumi

Tali sauh dililit-lilit,
Singgah berlabuh di Sungai Lama;
Tuan helang saya lah pipit,
Adakah boleh terbang berdua bersama?

Belayar masuk ke Kuala Kedah,
Patah tiang timpa kemudi;
Sekuntum bunga terlalu indah,
Sekalian kumbang datang degan asyik berahi

Sungguh cantik sarang tempua,
Di dalam sungai anak buaya;
Helang pipit sama mergastua.
Mari terbang bersama riang ke taman bahagia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...