Saturday, May 12, 2012

Tentang KL Zombie, Siti Saleha, Izara Aisyah, Nora :)

Assalamualaikum,


 Lama juga tak kemaskini laman blog ni. Walau bagaimanapun ini ada cerita panas-panas dari ketuhar..hahaha. 

Memandangkan saya ni antara peminat no 1 Siti Saleha, saya nak kongsi la cerita di sebalik tabir Filem KL Zombie ni. Filem ini merupakan filem ketiga lakonan Siti Saleha selepas Filem Kerat 14 dan Pak Pong. Memang la tak dapat tengok lagi semuanya sebab masih tengah 'masak'. Sehingga cerita ini ditulis, Filem Kerat 14 baru je menjalani proses dubbing. Pak Pong pula sedang masuk efek-efek CGI.  Siti Saleha pula sudah memulakan penggambaran filem terbaharu arahan Khir Rahman iaitu Pencinta..tapi itu cerita lain la. Kita layan dulu bingkisan video di bawah selain Sal kesayangan saya, heroin Vanila Coklat pun ada. KL Zombie ni filem adaptasi dari novel juga yang bertajuk Zombijaya. Zizan heronya. 




Andai kebetulan ada yang minat juga dengan Siti Saleha atau popular dengan Nora Elena, Kami (TSS)
akan adakan satu lagi gathering dengan Sal pada 3 Jun ni. Main Bowling dengan Siti Saleha.

Maklumat lanjut sila lawat Team Siti Saleha 

Ok Terima kasih. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...