Friday, February 10, 2012

Kelab Peminat Siti Saleha Bakal Anjur Majlis :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berita baik kepada peminat-peminat Siti Saleha atau lebih dikenali dengan 'Nora Elena' kesan lakonan hebatnya dalam drama tajuk yang sama :). Kelab Rasmi Peminat Siti Saleha iaitu   Team Siti Saleha bakal menganjurkan Majlis Perlancaran TSS dan Sambutan Hari Lahir           Siti Saleha pada bulan Mac 2012 akan datang. Pada acara itu, peminat berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Saleha yang sememangnya peramah dan baik hati :) 

Berikut butiran acara:

Acara: Perlancaran TSS dan Sambutan Hari Lahir Siti Saleha

Tarikh: 24 Mac 2012

Hari: Sabtu

Tempat: Nomad Sucasa, Jalan Ampang (Tepi kolam renang)

Masa: 2.30 petang hingga 6 petang (Hi-Tea)

Pakaian dan Tema : Kemas kasual, biru kuning.

Harga : RM55.00 

Berminat? Mohon e-melkan butiran peribadi anda (Nama, No Kad Pengenalan/Passport, No, Telefon, E-mel, *FB / Twitter (Jika ada)) kepada teamsitisaleha3@gmail.com dan kami akan e-melkan cara pembayaran kepada anda. Pengesahan tempat berdasarkan pembayaran. Siapa yang mendaftar dahulu diutamakan.

Apa yang tersedia? Makanan, keseronokan, permainan, pendaftaran keahlian, hadiah dan yang penting Sweetheartz Siti Saleha akan bersama peminat-peminatnya :)

Jadi jom hubungi kami segera. Memang berhampiran kolam renang tapi minta maaf kita tak boleh mandi :P 

Sebarang pertanyaan boleh e-mel. Terima kasih. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...