Wednesday, June 29, 2011

Tahajud Cinta




Mampukah drama Tahajud Cinta ini meraih rating seperti drama Nur Kasih dan Nora Elena? Sama-sama kita saksikan 8 Julai nanti di TV3. Tapi apa yang pasti, cerita-cerita arahan Eirma Fatima selalunya tidak menghampakan penonton dan banyak pengajaran yang dapat diperolehi.






Selamat menonton.

Gambar terbaharu S.S & A.A


Blog ni nampak gayanya saya nak tukar menjadi blog hiburan sedikit demi sedikit.

Baiklah pada catatan kali ini saya akan paparkan gambar terbaharu pelakon kegemaran saya iaitu Siti Saleha dan Ainul Aishah yang di petik dari Majalah Mingguan Wanita.
Cerita lanjut bolehlah dapatkan majalah ni.





Friday, June 24, 2011

Semakan Status Permohonan Diploma / IPT

Berikut link untuk menyemak keputusan kemasukan ke IPT bagi kursus Diploma Pendidikan (DPLI) , KPLSM dan semakan ke IPT bagi lepas SPM.

Tahniah bagi yang berjaya. Cuba lagi atau mulakan pelan B, C dan seterusnya bagi yang tidak.
Langit belum runtuh bumi belum hancur. Teruskan berusaha.

SEMAKAN TAWARAN KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2011
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2011 boleh dibuat di Laman Web Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi :https://online.mohe.gov.my/upu/keputusan_dpli/


SEMAKAN TAWARAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM (KPLSPM) AMBILAN JUN 2011
Semakan Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat di : SEMAKAN TAWARAN KPLSPM AMBILAN JUN 2011


SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN SPM
Calon lepasan SPM yang memohon Kemasukan ke IPTA bagi sesi 2011/2012 boleh membuat semakan di :http://upu.mohe.gov.my - SEMAKAN MELALUI SMS : Taip UPU RESULT [NO. KP] dan SMS ke 15888. Contoh : UPU RESULT 930616076007

Tuesday, June 14, 2011

Kesalahan-kesalahan kecil dalam drama Nora Elena


Sempena episod-episod terakhir sebelum drama ni menutup tirai. Saya nak kongsikan tentang kesalahan-kesalahan kecil dalam drama ini yang telah dikesan peminat. Mungkin sewaktu drama ini dibuat, pihak produksi dan para pelakonnya tidak menjangkakan akan berlaku fenomena sehebat ini. Jadi banyak perkara yg agak terlepas pandang.

Kalau video bloopers episod 1 dan 2 yang boleh ditonton di Parti Tonton Nora Elena memaparkan kesalahan yang disedari pelakon dan produksi, video di bawah memaparkan kesalahan yang dikesan setelah drama ditayangkan. Berikut video youtube yang dipetik dari laman Kelab Peminat Siti Saleha.





Dalam video ni pun ada lagi sebenarnya yang saya dapat kesan kesalahannya. Cuba lihat pada Laman FB Qaseh Suci. ( 0:34 )

Born on 9 Feb 1979. Maksudnya jika diambil kira 2011 jadi umurnya sekarang 32 tahun. Sedangkan kejadian hitam yang disebut dalam drama ni sering disebut 10 tahun lalu iaitu tahun 2001 ketika Nora Elena berusia 22 tahun sedangkan drama menggambarkan Nora Elena berusia 15 tahun semasa kejadian hitam dan setelah 10 tahun berlalu dia sepatutnya berusia 25 tahun tahun ni. Sepatutnya tahun kelahiran 1986.

Ada satu lagi tidak dipaparkan iaitu ketika close up kad jemputan kahwin Seth dan Nora yang menggambarkan kesilapan tarikh hijrah serta nama Seth disebut dahulu sebelum Nora. Orang yang menjemput ke perkahwinan itu ibu bapa Nora, jadi sepatutnya nama Nora disebut dahulu baru nama Seth.

Ok selamat menonton. Apa nak buat sekarang saya pun dah demam dengan drama Nora Elena dan jadi peminat Siti Saleha. Lagi 2 episod sebelum tamat.


Saturday, June 11, 2011

Nora Elena lagi kali ni bloopers pula.


Assalamualaikum,

Sejak saya masukkan cerita tentang Nora Elena kat blog ni, ramai juga pelawat yang singgah.

Terima kasih. Ini ada satu bonus lagi. Masih panas2 dari Oven. Bloopers atau babak-babak yang tak menjadi dalam drama ni. Kalau tengok balik pujian untuk penyunting drama juga kerana penyunting drama kena ambil feel romantik kalau tak, jadi komedi bukan drama.

Jom layan. (Sumber info link Siti Saleha)

Thursday, June 2, 2011

Semalam, Hari Ini Dan Bila Esok...


Semalam membawa api membakar bara jantung...

Hari ini kau datang riang tersenyum buat ku senang...

Dan bila esok kita kan bertemu kembali masihkah ada ruang di hati kita untuk cinta yang pernah kita miliki untuk selama-lamanya.



eh macam pernah dengar je. Tapi di mana ye? Yang baris pertama tu petikan puisi saya. Yang kedua tu lagu malar segar tanah seberang dan baris ketiga ialah lagu nyayian SOFAZ Lagu tema Drama Nora Elena adaptasi Novel Kasih Yang Suci.

Khabarnya penangan drama ni. Novel kehabisan stok dan perlu dicetak lagi. Sebenarnya agak lama tidak tengok drama Melayu atau cerekarama. Cuma sejak Drama Nurkasih kualiti drama semakin menarik.

Saya boleh kata setakat ni drama tempatan yang boleh membawa saya kembali menonton kaca TV ialah Drama Bersiri Nurkasih, Nora Elena dan Juvana. Drama lain bagus juga namun tidak sehebat zaman 90an lalu. Mungkin agak sukar untuk terbitan bermutu diketengahkan apabila stesen TV membeli lambakan sinetron seberang atau Hindi dan kurang memberi tumpuan pada penerbit tempatan. Kreativiti pula disekat akibat permintaan stesen TV . Namun banyak juga drama korporat dan siri yang tidak menjadi walaupun telah mengikut kehendak stesen TV. Semua kerana minat juga. Saya sarankan siapa yang berminat dengan drama bermutu menonton Kitab Cinta drama arahan Erma di saluran TV baru TV Alhijrah.

Berbalik kepada Drama Nora Elena. Ia sebuah pakej lengkap dan menarik. Saya pasti Siti Saleha akan mengikut jejak Lisa Surihani dan Tiz sebagai pelakon terkenal. Lagipun kita dah biasa dengan wajahnya dalam iklan-iklan. Pemilihan pelakon amat sesuai terutamanya pelakon utama yang kacak dan jelita. Jalan cerita yang menarik diambil dari Novel yang laris diulang cetak. Memberi pulangan berganda kepada penulis dan penerbit novelnya. Malah lagu temanya juga amat menarik. Sekali dengar sudah suka. Paling penting pelakon berjaya menterjemahkan romantik yang dibayangkan di dalam novel menjadi terasa berada di alam khayal sebentar. Kerana itu rating rancangan itu semakin naik. Khabarnya banyak drama yang sudah diadaptasi dari Novel. Antaranya Legenda Budak Setan, Ombak Rindu, Julia, dan lain-lain.

Jom layan lagu ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...