Tuesday, March 8, 2011

Projek kitar semula saya.




Projek kitar semula saya.

Pada hari ini saya akan bawakan kisah tentang kitar semula. Saya mempraktikkan program ini sejak kecil. Selain menjual semula surat khabar lama dan kotak-kotak ke pusat kitar semula, saya juga menjual buku-buku lama saya kepada mereka yang berminat. Pendapatannya lebih lumayan daripada jualan ke pusat kitar semula.

Walau bagaimanapun, pada hari ini, saya akan ketengahkan salah satu projek kitar semula yang kita boleh buat untuk penjimatan kos serta menambah pendapatan.

Projek pertama saya dalam siri ini ialah: Kad motivasi pelbagai guna.

Sebelum kita bermula, tahukah anda tanpa kita sedari hampir semua barangan pengguna di rumah kita boleh dikitar atau diguna semula? Contohnya dalam episod ini ialah Kalendar.

Berapa lamakah jangka hayat sesebuah kalendar? Biasanya setahun, kerana kebiasaannya kalendar memaparkan tarikh dan bulan untuk tempoh setahun. Jadi apa yang akan kita buat jika tahun bertukar ganti? Kalendar itu telah jadi tak berguna lagi. Walau bagaimanapun, kalendar kebanyakannya direka dan dihiaskan dengan gambar-gambar yang cantik, menarik serta kata-kata motivasi. Contohnya kalendar meja di pejabat yang cantik dan diperolehi percuma daripada pembekal-pembekal syarikat. Jangan buang kalendar itu walaupun jika tahun telah berakhir.

Apa yang kita boleh buat ialah dengan menggunting dengan cermat bahagian gambar dan kata-kata motivasi dan asingkannya dari bahagian tarikh dan tahun.

Anda akan perolehi 6 atau 12 keping kad bergambar dengan kata-kata motivasi yang boleh digunakan semula sebagai hiasan pejabat atau penanda buku.

Kad Motivasi Pelbagai Guna


Bahan-bahan:

Kalendar meja tahun lalu
Gunting
Penebuk lubang kertas
Reben

Cara-cara:

Gunting bahagian gambar kalendar. - Siap untuk kad hiasan motivasi.
Tebuk dengan penebuk lubang kertas dan ikat reben - Siap untuk dijadikan penanda buku

Boleh digunakan sendiri, dijadikan hadiah atau dijual semula sebagai kraf.

Bahagian sisanya bolehlah dikumpul untuk dihantar ke pusat kitar semula.

Tuesday, March 1, 2011

Konsert Percuma?



Berita baik untuk penduduk Pulau Pinang. Ada majlis akan diraikan pada 12 Mac 2011 ni bagi meraikan kejayaan sebagai jaguh pelaburan di Malaysia menurut maklumat Kerajaan Negeri .

Majlis Kejayaan Pulau Pinang Sebagai JAGUH Pelaburan Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Mac 2011 (Sabtu)
Jam : 8.00 Malam
Tempat : Penang International Sports Arena (PISA)

Khabarnya artis undangan yang bakal menyerikan majlis ialah Ning Baizura. Masuk adalah percuma. Walau bagaimanapun jangan lupa bawa mykad. Mungkin untuk tujuan pendaftaran pengunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...